Skip to main content

Wanita tak pernah faham (Waalaikumsalam)

Saya cadangkan supaya memperkasakan bidang psikologi dan mewujudkan seminar-seminar motivasi diri ke seluruh negara dari bandar ke pekan-pekan dan kempung-kampung.



Bantuan Kepada Pelajar Berlapar Dahaga dan Kurang Mampu Memiliki Buku Ulangkaji



Cadangan saya agar kerajaan menyediakan perbelanjaan pelajar asrama di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi perlu dititikberatkan tentang soal perbelanjaan harian seperti makan dan minum, pakaian, peralatan belajar dan buku mencukupi disediakan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dari latar belakang keluarga miskin dan sederhana.



Pupuk Hindari Masalah Budaya Komunisme Dalam Sistem Pendidikan


Saya membantah jika kerajaan membiarkan gejala jenayah yang melibatkan kes polis berlaku di antara kalangan pensyarah, guru dan pelajar berterusan menggugat keharmonian masa depan negara. Budaya komunisme berbunuhan sesama sendiri apatahlagi golongan mulia mendalami ilmu penjamin masa depan tidak harus mengabaikan tabiat memupuk menjauhi budaya komunisme. Pertimbangan membuang pelajar dalam sistem pendidikan perlu diambil serius tentang keadilan menimbang keputusan kesalahan disiplin secara diktator.

Bagi memastikan keselamatan pengangkutan jalan, kerajaan penting untuk menjalankan kempen ujian memotong kenderaan bagi melatih pengguna jalanraya mahir memotong. Usia memandu tanpa had perlu dilatih jika ia semakin berusia ianya akan kemungkinan menggagalkan warga tua keupayaan tidak lebih cekap mungkin ada bahaya memandu seorang diri.

Cadangan saya agar tambahan perketatkan lagi syarat pengambilan pelajar untuk diambilmasukkan sebagai pelajar universiti hendaklah ditapis. Ini berpunca daripada kelemahan individu dari sumber yang belum dapat kepastian tentang kebolehan individu itu berupaya atau tidak untuk lebih bersedia mendepani cabaran terhadap aturcara pembelajaran dan pengajian di institut pengajian tinggi sekaligus mengalami ketahanan mental yang cukup membimbangkan akan menyebabkan individu tertentu bakal menjadi pelajar yang paling lembab untuk menghabiskan pengajian di universiti dan kolej semaada kerajaan ataupun swasta. Oleh itu, sebagai cadangan tambahan, saya mencadangkan agar had kelayakan akademik kepada pencapaian keseluruhan gred A dalam kesemua pelajaran yang berkaitan dengan bidang yg yang bakal diceburi samaada diploma atau ijazah tidak mencampuri bidang kokurikulum yang bakal mengganggu proses kehadiran di dalam kuliah dan kelas. Bagi yang tiada kelayakan pula, lebih tertumpu dibidang tertentu agak tidak terkontang-kanting tersalah membuat keputusan jika diberi seratus peratus kepada pelajar untuk membuat keputusan samaada tindakan yang dibuat itu betul atau tidak bahkan alasan pelajar tidak perlu dimanja-manjakan sebagai contoh, pelajar tertanya-tanya untuk tidak hadir atau perlu hadir ke peperiksaan dan walau dengan hanya menjawab jawapan yang mampu ditulis sedikit sahaja dan selainnya dibiarkan banyak yang kosong ke dewan peperiksaan kerana tidak cukup bersedia untuk menjawab jawapan yang sudah pasti belum lagi dihafal bahkan tidak difahami walau sudah diajar beratus-ratus kali. Kegagalan pelajar membuat keputusan kerana was-was bahawa tindakan seperti berkelakuan sesuatu yang kerap memberi alasan tentang dengan pelbagai alasan tentang kesukaran pelajar tidak dapat bersaing untuk mendapatkan soft skill (kemahiran bakat kendiri) kemampuan menjangkaui luar kotak pemikiran pelajar-pelajar tentang bebanan kerja sebagai penghitung masa depan pelajar semakin seringkali tergugat dan tidak dapat mengimbangi masalah pembelajaran sewaktu masa semakin cepat kilat harus ditunaikan untuk menghafal kesemua fakta panjang lebar sedangkan pelajar masih tercari-cari keputusan berdikari yang kadangkala berjaya dan kadangkala menikam diri sendiri dalam semua kelakuan yang sudah didisiplinkan tetapi belum dapat dijangka pelajar sama ada perbuatan itu salah atau tidak dari seremeh-remeh masalah hingga ke sebesar-besar masalah.

Cadangan saya kepada badan penyiar televisyen tempatan agar tidak menyiarkan siaran yang berbentuk keseronokan pada waktu senja bagi menghormati kaum muslimin dari usia kanak-kanak hingga tua dapat berjemaah solat Maghrib.

Saya minta pertolongan tuan dan puan supaya menubuhkan kolej perguruan dari bidang sijil hingga ke diploma dalam bidang bimbingan kanak-kanak hingga ke sekolah di Kuala Kangsar kerana di universiti saya di Universiti Sultan Azlan Shah tiada Diploma dan Ijazah dalam bidang perguruan. Selain itu, saya tiada peruntukan kewangan yang cukup untuk belajar di tempat yang jauh dan saya dilarang oleh keluarga untuk meminjam wang PTPTN dan saya bukan kategori cemerlang secara keseluruhan dalam SPM kerana saya memiliki hanya 1 subjek sahaja yang cemerlang dalam SPM untuk layak mendapatkan biasiswa.

Saya bercadang agar kerajaan memberi skim bantuan kewangan untuk pencari kerja yang mahu berhijrah dari penempatan asal pergi ke tempat bakal di temuduga kerja dan diterima kerja seterusnya mendapat tempat tinggal.

Saya ingin memberi cadangan kepada supaya membangunkan wilayah untuk orang kelainan upaya OKU. Wilayah khas untuk OKU sahaja lengkap dgn keselamatan dan kemudahan fasiliti. Jika OKU tidak diberi wilayah khas untuk mereka, mereka akan berdepan dengan bahaya persekitaran, gangguan fizikal oleh golongan sempurna sifat dan pengangguran kerana tidak dapat bersaing dengan orang sempurna sifat. Saya syorkan juga wilayah khas untuk OKU itu terdiri daripada perumahan, pendidikan dan pekerjaan yang sesuai untuk golongan OKU. Seperti yang saya tahu bidang yang sesuai dengan OKU ialah kesenian, sukan paralimpik dan budaya adat resam perlu ditingkatkan dalam wilayah khas untuk OKU sahaja.


Saya cadangkan kepada kerajaan agar mengadakan projek kahwin sesama agama masing-masing yang berlainan agama daripada seleweng perintah dan larangan agama. Projek kahwin ini dikhaskan individu bujang mempunyai wang simpanan RM100 ke bawah dan mempunyai latarbelakang yang unik kebolehannya dari segi pelbagai bidang. Selain itu, pendapatan sampingan diperlukan bagi menjamin kelangsungan sara hidup keluarga yang bakal dibina nanti. Pekerjaan yang sesuai untuk golongan ini ialah perikanan, perladangan dan penternakan namun golongan penganggur sukar mendapatkan modal permulaan kerana syarat bantuan kewangan perlu dipermudahkan. Sekaligus dapat merealisasikan hasrat kerajaan bermotifkan negara maju, rakyat hidup sejahtera.


Aduan:

Akibat berasa saya biadab mengunyah gula-gula getah kerana mahu hilangkan bau mulut mahu dekat pensyarah kerana saya ingin melihat dan mendengar agihan nombor giliran sedang dilakukan bagi mengelakkan saya ketinggalan, gula-gula getah saya diminta oleh pensyarah kerana pensyarah teringin  menikmatinya sedangkan penysara berelaun ribuan ringgit tersebut mampu membeli gula-gula getah sebanyak satu lori. Jika hendak dibandingkan wang simpanan pensyarah dengan pelajar seperti saya kadang-kadang seringgit pun tidak sampai.


Aduan: Ada pensyarah panggil nama saya secara menghina tp berselindung dgn alasan mau bermesra disebalik ejekan. Nama ejekan dijadikan alat menghiburkan hati supaya puas tanpa peduli hati yang sakit apabila dipanggil nama dengan penuh ejekan. Sikap pensyarah itu sebut nama saya secara menghina seperti nama saya Zulfikri dipanggil Zulfikr dengung 'ر'. Jangan panggil nama saya dgn cara saya tidak suka, saya tidak akan layan. Selain itu, saya juga dipanggil dengan nama panggilan mengejek oleh pelajar  lain di universiti tersebut seperti pak jol dan zul kaplang. Saya terpaksa layan kerana jikalau diperbetulkan sikap mereka, mereka tidak akan berubah. Nama saya tidak boleh dipermainkan dan diperalatkan demi keseronokan melabel seseorang seperti saya sedangkan hati saya terluka dan berasa terpaksa berdepan ejekan oleh masyarakat yang tidak berperikemanusiaan.

Cadangan saya ialah pekerja yg mengambil kesempatan
menggelar, memanggil serta memperolok nama dengan mengejek atau melanggar batas gurauan berbentuk ejekan, majikan perlu memotong gaji pekerja yang mengejek supaya tiada sesiapa dapat ambil untung bekerja mencaci orang.

Cadangan saya kepada kerajaan supaya pendidik tidak memukul kepala dan membuang sekolah atau universiti kepada seorang pelajar yang pelupa dan dibuli kawan samaada barangnya disorok.


Saya cadangkan kepada kerajaan supaya tidak biarkan bilik-bilik pejabat polis macam sarang tikus sedangkan kaunter polis sahaja sudah dicanggihkan dan diperbaharui sedangkan bilik polis lain terabai.


USAS ada dua fakulti sahaja? Sultan beri tanah tidak luas mana. Kenapa USAS tidak mahu jual tanah yang sultan beri dan ambil modal dari hasil jual tanah untuk meluaskan kampus dan menambah fakulti di tempat yg lebih luas dan strategik. Keperluan meletakkan USAS di tempat yang kecil dan terbatas tidak berasaskan bidang kerjaya yang sesuai ditempat tersebut. Bandar Kuala Kangsar bukan bercirikan puak agama islam sahaja tetapi meliputi semua kaum sedangkan terdapat sekolah tamil dan cina. Ke mana kaum selain melayu mahu pergi? Adakah dua kaum selain melayu ini mempunyai wang yang cukup ke universiti yang tidak sensitif dengan cara kaum agama lain yang tidak menutupi auratnya atau hanya melanjutkan pelajaran di kolej komuniti kuala kangsar, kolej vokasional padang rengas, giatmara padang rengas? Keperluan akademik di universiti USAS tidak sesuai dengan keperluan pekerjaan di kapasiti keperluan bandar. Keperluan Kolej Komuniti Chendroh dan Kolej Komuniti Kuala Kangsar tidak setaraf dengan ekonomi keperluan bandar Kuala Kangsar. Pendidikan tinggi Kuala Kangsar tidak setimpal dengan kaum minoriti seperti kaum india dan cina bukan sekadar pendidikan vokasional sahaja. Jika tidak, negeri Perak merugikan kaum minoriti di Kuala Kangsar.

Comments

Popular posts from this blog

I propose Saudi Arabia opens schools and universities that will teach science, mathematics and technological skills in Arabic in Thailand and Malaysia.

Saya mencadangkan agar pihak kerajaan Malaysia mempelawa kerajaan Arab Saudi supaya menubuhkan cawangan pendidikan sekolah dan universiti yang mengajar sains dan matematik dalam bahasa arab di Thailand dan Malaysia. Saya juga menggalakkan supaya warganegara Arab Saudi mengambil tenaga pengajar wajib berbangsa Arab bekerja di Thailand dan Malaysia sebagai pensyarah dan guru yang akan mengutamakan sukatan pelajaran di universiti dan sekolah diajar dalam bahasa Arab. Kedua, saya mencadangkan agar warganegara Arab Saudi membuka kilang pengkomputeran disunting dalam bahasa Arab kerana saya mahu bahasa Arab dapat bersaing dengan bahasa Inggeris yang terdapat di Amerika Syarikat. Ketiga, saya mahu pihak kerajaan Arab Saudi membuka kolej pengajian tinggi yang akan menyediakan kursus kemahiran sains teknologi dalam pelbagai bidang teknikal di Thailand dan Malaysia. Saya ingin menjelaskan lagi dunia bukan hanya dikuasai dalam bahasa Inggeris sahaja, bahkan boleh dikuasai oleh bahasa Arab juga. ...

Cadangan kepada industri pembuatan komputer di Arab Saudi

Saya mencadangkan supaya kerajaan Arab Saudi membuka industri pembuatan komputer jenama buatan Arab Saudi dieksport ke Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja, Filipina, Indonesia, Singapura dan Malaysia untuk komputer milik Arab Saudi dijual di sana. I propose that the Saudi government open the Saudi-made computer manufacturing industry exported to Thailand, Vietnam, Laos, Cambodia, Philippines, Indonesia, Singapore and Malaysia for Saudi Arabia owned computers sold there.  أقترح أن تفتح الحكومة السعودية صناعة تصنيع الكمبيوتر السعودية المصدرة إلى تايلاند وفيتنام ولاوس وكمبوديا والفلبين وإندونيسيا وسنغافورة وماليزيا لأجهزة الكمبيوتر المملوكة للسعودية التي تباع هناك